Friday, 12 July 2013

Marhaban Ya Ramadhan !!!

Alahmadulillah, Ramadhan dah tiba. Seronok dapat jumpa Ramadhan lagi sekali. Bila kita sebut Ramadhan, benda apa yg kita akan fikir dulu? Puasa kan? Automatik kita akan fikir, bila Ramadhan je, kita akan berpuasa. Tak lama pun, sebulan je. Tapi, apa hebatnya Ramadhan ni ,dan apa yang dimaksudkan dgn puasa? Sebenarnya bulan Ramadhan ni bulan untuk umat Islam, bulan yang pahalanya dilipat kaliganda, bulan syaitan diikat dan banyak lagi. Bulan Ramadhan ni adalah salah 1 bulan yang kita dpt tarbiyah diri kita. Pernah tak kita terfikir nak jadi baik selain bulan Ramadhan? Mungkin ada,tapi bkn semua. Bulan Ramadhan  juga adalah bulan dimana malam Lailatul Qadr 'available'. Tak ada bulan lain yang ada malam Lailatul Qadr. Peristiwa penurunan Al Quran pun diturunkan dalam bulan ni iaitu Nuzul Al Quran. Hebat Ramadhan ni. Kalau puasa pulak? Puasa ni bkn sahaja menahan lapar dari Imsak hingga Maghrib tapi turut menjaga pandangan , pendengaran , tangan, kaki, mulut dan yang paling penting, AKHLAK. Jaga pandangan bermaksud tidak melihat perkara-2 HARAM,seperti video lucah, aurat dan lain manakala, jaga pendengaran  bermaksud jangan mendengar umpatan, jangan mendengar tentang perkara yang lagha.Jaga tangan dan kaki pulak mcm mana? Jaga tangan tu bermaksud jangan mencuri ,jangan memukul, jangan memegang org yg bkn muhrim.Jaga kaki pulak jgn pergi ke tempat-2 yang berdosa,tempat-2 maksiat. Kita tak tahu,adakah iman kita ni kuat nak hadapi semua ujian tu.Kalau jaga mulut pulak? Jaga mulut tu bermaksud jangan mengumpat, jangan membuat fitnah,jgn bercakap keji, jangan menyebarkan cerita yang tidak tahu kesahihannya. Akhlak pulak? Jaga akhlak tu bermaksud bersikap sopan, menjaga tatatertib sebagai seorang Muslim, dan tidak membuat orang lain kurang senang dgn sikap kita. Sekiranya kita menjaga akhlak kita, In Sya Allah , perkara-2 lain juga akan terjaga. Jadi, semoga Ramadhan kita tahun ni akan jadi lebih baik dari tahun sebelum-2 ni, In sya Allah. Selamat Beramal~

No comments:

Post a Comment