Friday, 5 July 2013

Cinta ...

Cinta?? Indahnya !!!
Sememangnya cinta itu indah,seronok sangat. Sehinggakan ada yang mengatakan hidup ini terasa di syurga.  Hebat!!! Cinta,cinta,cinta. Secara lughahnya,cinta itu dita'rifkan sebagai suka,sayang, terhadap sesuatu. Tapi, kalau dilihat dari sudut Islam, cinta terhadap pasangan itu dita'rifkan sebagai nak masuk syurga bersama org yang kita cinta. Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasulullah, cinta kepada ibu bapa, cinta terhadap pasangan dan, cinta sesama umat Islam. Banyaknya cinta. . Tapi berapa ramai dari kita mengutamakan cinta Allah dahulu? Berapa ramai dari kita yang mendahulukan cinta Rasulullah sebelum cinta kepada ibu bapa? Dan,berapa ramai dari kita yang lebih cintakan ibu bapa daripada cintakan pasangan? Tak ramai bukan?
Mungkin kita terleka dengan cinta dunia. Cinta dunia itu tidak kekal, cinta Rasulullah itu indah,cinta Allah itu agung. Memang tak salah bercinta, tapi cinta Allah, cinta Rasulullah, cinta ibu bapa harus diutamakan dahulu.
Ingat, cinta akan terpelihara sekiranya cinta Allah diutamakan.

=SPI=

No comments:

Post a Comment