Sunday, 17 November 2013

Smile Ladies and Gentlemen :)


Senyum, tak perlu kata apa apa....
Senyum, tak perlu kata apa apa....
.........................................................................................................................................

Assalamu'alaikum ! Pe khabo orang sana ? Harap harap sihat lah ye? Hari ni nak cakap pasal senyum. Say Cheese ! Kita senyum tak ? Senyum kan. Secara saintifiknya, bila kita selalu senyum , otot muka kita akan bergerak dan lama kelamaan , kulit kita akan awet muda. Haha, siapa tak nak awet muda kan? Terutama yang perempuan. And logically, bila kita senyum, automatik muka pun jadi cute. Comel gitu ~ ^^. Tapi, kita tahu tak, kenapa kita senyum? Mestilah sebab gembira or happy or kelakar or yg sama spesies dgn nya. Dan sedar tak sedar, kita gembira sebab kurniaan nikmat Allah. Alhamdulillah ! Sbb, kita masih dapat senyum. Kalau tak bersyukur, nanti bila Allah tarik nikmat kegembiraan tuh, kita takkan dapat senyum lagi sbb kita asyik sedih je. Tak nak kan? So, bertahmid lah. 

There is a saying :

"When the happiness is shared, it will be doubled. And when the sadness is shared, it will become half."

So, senyum lah selalu and cuba untuk senyum walaupun kesulitan yg kita hadapi tu mmg pahit. Sampai di sini saja post kali ni, sekian. Assalamu'alaikum !

Sunday, 15 September 2013

Kau Pergi ...

Assalamualaikum...
          Hari ni nak cerita tentang seorang member ni. Nama nya Arif Danial bin Mustapha Khamal. Siapa dia?Dia member aku lah. Member aku nih, memang kamceng ngan dia. Kadang-2 memang ada kutuk-2 belakang. Standard lah. Tapi bukan tu topik kita hari ni. Hari ni nak story satu kisah tentang aku dgn dia.

          Pada tarikh 1 haribulan 9. Di mana tarikh itu jugak, kitorang baru balik asrama kitorang dekat Rawang. Dalam lebih kurang pukul 7. Dia panggil aku dekat tempat wudhuk. Kitorang dua je ada kat situ. Tiba-2 satu ayat keluar dari mulut dia.


" Man, nanti aku pindah Mesir do. Aku masuk tahfiz dekat sana. Kau jangan bagitahu sesiapa. Biar aku sendiri cakap dengan diorang "
Aku pun terkejut. Macam-2 aku fikir. Aku straight tanya je, dengan bermacam-macam soalan.

  1. Kau pergi naik ape?
  2. Macam mana kau nak pergi dengan keadaan Mesir macam tu?
  3. Mesir dekat bahagian mana?
  4. Bila pergi?

          Dengan tenang dia menjawab," Aku naik kapal terbang. Sebenarnya, Mesir bukan semua negeri bergolak. Hanya 12 negeri je. Aku pergi dekat negeri yang kira macam pedalaman jugak lah. Mesir dekat bahagian Zakazik. Aku pergi 21 haribulan.

          Aku hanya sekadar mengangguk. Nampak kesedihan dia.

          Then, dia cakap," Minggu ni aku balik, nak buat passport"
......................................................................................................................................................


           Aku menghitung hari sampailah hari dia balik(8/9). Lepas dia balik, aku tanya dia,"So, cane?". Then dia jawab:

"Minggu ni aku last dgn korang. Kau jangan kecoh tau. Aku nak bagitau diorang masa second last day."

         Aku sentap." Ouh, ye ke?". Dalam hati aku berkata," Ya Allah Arif, kau kecik-2 dah kena tinggalkan keluarga. Kalau aku jadi kau, aku tak sanggup.

Hari...

TO BE CONTINUED.....

Monday, 5 August 2013

Nakmulu An Narakum Murrah Ahra Ya Ramadhan, Marhaban Ya Syawal

          Bye bye Ramadhan ! Akan aku rindu kau selama-lamanya. Kenapa? Sbb tahun ni, macam macam benda aku belajar dan terima. Sedih jugak nak tinggalkan Ramadhan ni. Sebulan duduk dekat dgn dia, tiba-2 dia takde. Rasa kehilangan. Lepas ni dah takde dah Solat Terawih, dah takde dah Malam Lailatul Qadar, dah takde dah kelebihan lipatan kali ganda. Sesiapa yang sedih bila Ramadhan berlalu, In Sya Allah, dia orang yang beriman.

"Bukan setiap orang yang sedih apabila Ramadhan pergi itu beriman, tetapi setiap orang yang beriman akan sedih apabila perginya bulan Ramadhan"

          Jadi,kita sama-samalah sedih atas pemergian bulan Ramadhan. Bukan sebab Bazaar Ramadhan dah takde, tapi sebab Bulan Mulia dah takde. Tak sedih jugak? Buat-2 lah sedih ( bukan apa, cuma nak melatih diri supaya akan menjadi sedih dengan seikhlhas-ikhlasnya ). Nanti raya nak menjelma. Hehe.


"Allah gave us the 1st Syawal because of our success during our Ramadhan"


          Sedih, sedih jugak, tapi raya,raya jugak. Sambut raya elok-2, jalinkan hubungan silaturahim, rapatkan ukhuwah. Sambutlah raya ni dgn penuh kesederhanaan. Rasulullah kan sentiasa bersederhana. Raya ni jangan pentingkan duit raya pulak, pentingkan dulu kemaafan. Dan, jangan ada pulak yang ambik duit raya 2 KALI dekat orang yang sama. Tak malu ke?

         Okay, kepada semua yang baca ni. Saya ingin mengucapkan,
"Happy Eidulfitr. I wanted to apologise to all of you from the top of my songkok until the end of my socks. Forgive me guys. SMILE "

*Maksud tajuk: Semoga berjumpa lagi Ramadhan, Hello Syawal

Saturday, 3 August 2013

Memori

Ahh ! Malas aku nak ingat kisah tu lagi ! Itu semua dah lepas !
========================================================================
Seronoknya bila ingat balik kisah tu , seronok gila kot !
========================================================================

          Macam-macam respons orang terhadap memori. Memori , memori, memori. Benda 'simple' tapi teramatlah berharga. Kalau nak ikutkan , kalau memori kita di 'translate' ke dalam tulisan , memang payah nak habis. Mau tak berbuku-buku.

          Memori indah , kalau ikutkan memang nak je simpan lama-lama. Senang cerita, FOREVER. And kalau boleh,nak letak memori itu dalam wallet / handbag. Betul tak? Memori cinta , memori dengan kawan-kawan, memori dengan keluarga, memori masa sekolah, semua tu memang indah.

          Tapi, kalau memori pahit? Memang nak buang je. Nak je campak jauh dekat pelusuk Matahari sana. Biar terbakar and hilang selama-lamanya. Kita memang tak lari dari memori pahit. Masing-masing ada. Takde nye orang yang sampai sekarang, takde memori pahit. Sungguh.

          Akhir kalam,sedar tak sedar. Memori ni, dah jadi sebahagian dari hidup kita. Ikutkan  pendapat, memori kalau dibuang, lebih banyak keburukan dari kebaikan. Kenapa? Sebab memori indah itu satu nikmat. Memori pahit tu pulak, memberikan kita pengajaran untuk tidak mengulangi kesilapan yang kita pernah buat, pada peluang kedua yang kita dapat. Sekian.

Assalamualaikum...

=SPI=

Friday, 12 July 2013

Marhaban Ya Ramadhan !!!

Alahmadulillah, Ramadhan dah tiba. Seronok dapat jumpa Ramadhan lagi sekali. Bila kita sebut Ramadhan, benda apa yg kita akan fikir dulu? Puasa kan? Automatik kita akan fikir, bila Ramadhan je, kita akan berpuasa. Tak lama pun, sebulan je. Tapi, apa hebatnya Ramadhan ni ,dan apa yang dimaksudkan dgn puasa? Sebenarnya bulan Ramadhan ni bulan untuk umat Islam, bulan yang pahalanya dilipat kaliganda, bulan syaitan diikat dan banyak lagi. Bulan Ramadhan ni adalah salah 1 bulan yang kita dpt tarbiyah diri kita. Pernah tak kita terfikir nak jadi baik selain bulan Ramadhan? Mungkin ada,tapi bkn semua. Bulan Ramadhan  juga adalah bulan dimana malam Lailatul Qadr 'available'. Tak ada bulan lain yang ada malam Lailatul Qadr. Peristiwa penurunan Al Quran pun diturunkan dalam bulan ni iaitu Nuzul Al Quran. Hebat Ramadhan ni. Kalau puasa pulak? Puasa ni bkn sahaja menahan lapar dari Imsak hingga Maghrib tapi turut menjaga pandangan , pendengaran , tangan, kaki, mulut dan yang paling penting, AKHLAK. Jaga pandangan bermaksud tidak melihat perkara-2 HARAM,seperti video lucah, aurat dan lain manakala, jaga pendengaran  bermaksud jangan mendengar umpatan, jangan mendengar tentang perkara yang lagha.Jaga tangan dan kaki pulak mcm mana? Jaga tangan tu bermaksud jangan mencuri ,jangan memukul, jangan memegang org yg bkn muhrim.Jaga kaki pulak jgn pergi ke tempat-2 yang berdosa,tempat-2 maksiat. Kita tak tahu,adakah iman kita ni kuat nak hadapi semua ujian tu.Kalau jaga mulut pulak? Jaga mulut tu bermaksud jangan mengumpat, jangan membuat fitnah,jgn bercakap keji, jangan menyebarkan cerita yang tidak tahu kesahihannya. Akhlak pulak? Jaga akhlak tu bermaksud bersikap sopan, menjaga tatatertib sebagai seorang Muslim, dan tidak membuat orang lain kurang senang dgn sikap kita. Sekiranya kita menjaga akhlak kita, In Sya Allah , perkara-2 lain juga akan terjaga. Jadi, semoga Ramadhan kita tahun ni akan jadi lebih baik dari tahun sebelum-2 ni, In sya Allah. Selamat Beramal~

Friday, 5 July 2013

Cinta ...

Cinta?? Indahnya !!!
Sememangnya cinta itu indah,seronok sangat. Sehinggakan ada yang mengatakan hidup ini terasa di syurga.  Hebat!!! Cinta,cinta,cinta. Secara lughahnya,cinta itu dita'rifkan sebagai suka,sayang, terhadap sesuatu. Tapi, kalau dilihat dari sudut Islam, cinta terhadap pasangan itu dita'rifkan sebagai nak masuk syurga bersama org yang kita cinta. Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasulullah, cinta kepada ibu bapa, cinta terhadap pasangan dan, cinta sesama umat Islam. Banyaknya cinta. . Tapi berapa ramai dari kita mengutamakan cinta Allah dahulu? Berapa ramai dari kita yang mendahulukan cinta Rasulullah sebelum cinta kepada ibu bapa? Dan,berapa ramai dari kita yang lebih cintakan ibu bapa daripada cintakan pasangan? Tak ramai bukan?
Mungkin kita terleka dengan cinta dunia. Cinta dunia itu tidak kekal, cinta Rasulullah itu indah,cinta Allah itu agung. Memang tak salah bercinta, tapi cinta Allah, cinta Rasulullah, cinta ibu bapa harus diutamakan dahulu.
Ingat, cinta akan terpelihara sekiranya cinta Allah diutamakan.

=SPI=