Friday 26 September 2014

We're the one who are not grateful.

Assalamualaikum guysssssssss.
*****
Kenapa batu tenggelam dalam air ? Sebab dia lebih tumpat dari air? Salah. Sebab dia berat ? Salah jugak. Dahtu ? 

*****

          Allah dah kurniakan manyak nikmat tau. Nikmat melihat, bernafas, mendengar & others. But kita ni, bersyukur ka ? Nak ucap 'Alhamdulillah' pun susah. Lima suku kata je but kita still tak rajin nak exercise lidah nak ulang selalu. Kalau Allah dah tarik nikmat tu sikit, baru laaaaaa kita beria nak  mintak Allah pulangkan. Memang, standard manusia , iman akan inkris bila nikmat tu dah berkurang. 

          Another thing, most of us may always recite our specific prayer before we start eating or entering the toilet, but how many of us who recite prayer AFTER eating or entering the toilet ? We were grateful when we were hungry if there is food for us but after finishing those dishes, we forgot that all the dishes that we ate, were Allah's gift. 

          Manusia memang selalu lupa. Perkataan manusia sendiri pun dtg dari perkataan arab 'nasiya' iaitu lupa. Jgn hairan kalau ada member sendiri yg pelupa. So, since dah baca, samo-2 lah perbaiki diri sendiri naaa.

*jawapan : batu tak reti berenang. haha XD

Saturday 17 May 2014

Diari Catuan Air (1st time)

Catuan air, one of the lastest issue in our country. Ingatkan tak kena, sbb rumah dekat dgn empangan, last-2 , kena jugak tapi dekat asrama, Rawang. Kisahnya bermula :

Ahad (Berapa haribulan aku tak igt)

       Aku main bola macam biasa lepas habis gotong royong. Bukan main seronok.Then, dlm pukul 11 mcm tu lah, aku baik asrama sbb nak bersihkan diri. Time tu aku tengok air, sikit je. Slow-2 mengalir. Tak expect pun akan ada catuan air. Walaupun air sikit, aku still bersihkan diri. Lepas tu, aku jalankan rutin asrama hari Ahaaaaaad aku mcm biasa. Makan, solat, buat benda pelik-2, merayau dlm asrama, buang air dan segala benda lah.

       Menjelang lepas solat Dzuhur, Ketua Asrama bgtau yang kawasan Rawang menghadapi catuan air. Semua pelajar dah mula menggelabah dah time tu. Aku pun dua kali lima gak. Ada sorg kawan aku ni, dia lagi gelisah, dia dah lah tak sempat mandi pagi sbb air takde, pastu air pulak takde for the next day. Selamat pagi tadi dia tak main bola. Bukan orang sukan lah katakan. Kiranya, last mandi hari Sabtu petang. Pastu , ramai-2 call mak ayah suruh datang bawak bekalan air sampai ada buddyz aku ni bawak sampai 9 botol. Bukan main desperate lagi.

       Lepas Asar, aku pergi belakang kantin sbb nak tolong abg-2 Form 5 buat penjara utk Pertandingan PPDa. Aku buat kerja slow-2,so tak la peluh. Dlm tgh buat kerja tu, ternampak buah hati aku lalu. Aku buat tak nampak jelah.. Eh, dah lari topik ni -_-

   Sebelum gerak surau untuk solat Maghrib, aku duduk dlm dorm. Dengan tak diduga, kawan aku yang tak mandi dari semalam dtg sbb nak ajak aku pergi surau, aku straight cakap ,

"Weh, bau lah "

       Haha. Jahat benor aku ni. Keluar dorm , member mamak aku lalu, and tutup hidung sbg tanda ejekan. Haha. Gelak besar aku. 

       Sampai surau, amik wudhu'. Lepak jap. Pastu solat jemaah. Lepas solat, warden perempuan dtg, Puan Fazidah, pergi dpn ambik microphone. Then, dia terangkan bahawa pelajar asrama yang tertentu  boleh balik, boleh jadi pelajar luar sekejap sampai hari Rabu. Tapi yang boleh balik bukan semua, hanya yg duduk Rawang,Selayang, Country Homes and yang dekat-2 je boleh. Yang aku igt, Keramat dan Bandar Tasik Puteri tak boleh. Semua excited call mak ayah ambik termasuk yang tak boleh balik. Ada yang siap tumpang rumah kawan. Buddyz aku yg ada 9 botol air 1.5 liter tu pun balik walaupun rumah dia jauh gila. Dia tumpang rumah kawan. Aku tak excited balik sbb dah sure-2 aku susah nak dtg sekolah utk hari Isnin , Selasa, Rabu,so aku amek kesempatan ini untuk minta air tu dkt dia. Dia pun bagi. ALHAMDULILLAH !

       Lepas Isya, balik asrama. aku duduk depan pagar asrama, tgk budak-2 balik. Kecoh habis. Haha. Lepas semua dah lengang aku turun dorm,and tidur ! Tidur awal sbb esok ada training bola utk hari Selasa sbb ada perlawanan.
-----------------------------------------------------------


Isnin

       Bangun pagi, mandi ! Part yg paling mendebarkan . Haha. Yang hebatnya, aku mandi dua org , dgn member dorm aku, pakai tak sampai sebotol 1.5 l tu. Malah, ada lagi suku. Semua aku buat kecuali syampu. Maklumlah, tak elok syampu selalu.

       Pagi tu, lepas perhimpuan rasmi, pelajar form 3 kena tunggu sbb nak ambik suntikan apa tah. Untuk pencegahan kancing gigi katanya. Tapi sebelum tu aku tukar baju sukan dulu sebab aku ada training bola.  Aku dah ready dah sbb dah biasa kena suntik . Masa darjah satu, aku kena demam denggi dan darah aku diambil sbyk 21 kali dlm masa 3 minggu. Hoho. Sado bhai. Haha. Dgrnya suntikan tu ngantuk, tapi kita tgk nnti cemana. 

       Training punya training punya training, goalkeeper Selangor FC , Amirul Aiman dtg. Asalnya, masa 2013, dia F5 sekolah aku. Dia dtg sbb nak tgk latihan kitorg. Then dia beri tactical baru. Aku, seperti biasa, main di posisi Stopper. Then, try tactical baru.

       Hasil dia, aku injured. tactical terhebat yg pernah aku rasa. Haha, mcm ni cerita dia. Defend diserang oleh Amirulnaim, pemain sayap kiri , 15 , dari arah kiri lawan, maknanya kanan aku lah. Right Back kitorg yg sepatutnya jaga Amirul tu dah mencicit dekat atas. Aku pun masuk. Berasak punya berasak, dia sebelah kiri aku. Ber body contact la kitorg. Lepastu, dia nak buat percubaan hantaran lintang guna kaki kiri . Aku pun sua ke depan kaki kiri aku dekat dgn bola. Pastu dia sepak lah bola. Dengan tak diduga, bola tu kena kaki kiri aku yg berada dkt depan dan time tu kaki aku tak cecah tanah. So, kaki aku kedalam. Benda biasa lahkan, tapi yang tak biasanya, aku landing kaki kiri aku gunakan bahagian luar kaki / pisau kaki. Perit bohh ~

      Aku pun meraung ah satu kali. Pastu coach/ ustaz aku, papah aku, dan bwk pergi tepi padang dan training dihentikan. Pastu naik pergi kantin utk post-mortem. Dlm post mortem tu, dia suruh aku beli ais and rendam kaki 30 min - 30 min. Aku angguk jelah.

       Masa lepas solat zuhur, Syabas datang bawak bekalan air untuk ambil wudhu'. Alhamdulillah. Time tu kolah wudhu' mmg sikit. Aku duduk surau jap. Penat and sedih. Sedih sbb esok nak lawan dan aku injured. Sakit gak hati, tapi iman aku ckp dkt aku yg .

" Ini semua ujian. Ada sbb Allah jadikan mcm ni. "

       Huh. Dengan tabah , aku jalan balik asrama. Malu bhai terhincut-hincut. Pastu aku mandi dgn botol lain. Lepas mandi , baring tunggu solat Asar. Tertiduuur ~ haha, best.

       Lepas Asar, KA ( Ketua Asrama) suruh kumpul ikut form. Mmg sikit pelajar asrama time tu. Dari situ, aku ada buat satu pemerhatian bahawa, lagi tua , lagi suka balik. Aku tgk form yg palik byk . Dlm 20 org. Form 3 dlm 15 org. Haha. KA ckp,

"Korg, tentukan satu dorm untuk korg stay. Sbb pelajar ada asrama 60 org sahaja."

       Form 3 pakat stay Dorm 10. Maklumlah ada kipas bosar. Haha. Happy, happy jugak, kaki aku still sakit. Lepastu aku tak tau mana nak dapat ais. Then, aku dapat satu akal . Minta KA keluar asrama jap, nak fly. Tapi KA kata, minta tolong Us. Ilias dulu. Kitorg pun setuju. Lepas asar tu hujan lebat. Walaupun hujan dan kaki aku sakit, aku still main bola tampar . Acuh tak acuh je main. Then, mandi hujan sikit. Happy-2, tangkap gambar sama-2. Seronok woo ~ Pastu mandi air botol pulak.

       Lepas mandi, bersiap and boom atas katil. Sakit !! Huhu. Tgh baring-2, sorg kawan aku, org yg dh hafal 23 juz, dtg tanya khabar. Aku mintak tolong dia urutkan. Dia rajin and baik so, dia urutkan . Ada jugak ayat-2 yg dibaca. Dia urut ganas, aku pun menangis kesakitan. Dah lama tak menangis kesakitan. Huh ! Perit.

       Lepas tu aku nak naik dewan makan tapi tgk tangga nak keluar asrama, seram gak. Aku cuba jalan, mmg cacat habis time tu. Naik tanggan tu pun aku pegang je besi penghalang tu. Lepas habis tangga, ada tangga lain pulak. Tapi kali ni takde besi penghalang. Aiseh, payah . Allah tolong aku,Allah hadirkan kawan aku, Haziq. Badan nya genit tapi kuat. Dia papah aku, tapi tak macam papah , mcm angkat. Time tu jugak lah ada ramai perempuan tgh tadah air dkt-2 situ. Segan-2 gak.

        Lepas makan, pergi surau dgn kaki terhincut. Tak menahan do time tu. Lepas solat maghrib , segala benda tu, nampak Us. Ilias. Aku suruh budak ckp kan, then, ustaz ckp, mintak dewan makan. Aku dah rasa tak sedap hati sbb org kat  situ kedekut sikit. Lepas Isya' kitorg pergi DM ( dewan makan) and the result is just what had I expected. Tak dapat. Then minta izin KA untuk beli ais, tapi dgn cara 'elok'. Pasal ni, budak Form 2 yg baik hati nak tolong. Aku bagi duit dan upah. Settle.

       Dlm masa 20 minit, diorg bawak ais. Alhamdulillah. Adalah dlm 6 packet. Aku ambik baldi, taruk ais. Letak kaki. Sejuk ! Gila ! Aku keluarkan. Pastu aku amek tuala, aku balut kaki aku. Aku letak balik. Rasa tak feel pulak. Aku keluarkan, aku ambik baju lengan panjang , lilit kaki tapi pergelangan aku exposed kan. Letak, ngam ! Aku baring and try to relax dgn memejamkan mata. Time tu dlm pukul 10 mlm.

       Aku buka mata, budak Form 2 dah lesap. Eh mana diorg ? Rupanya skrg dh pkl 10:50 mlm. Pergghh , tertidur bhai. Punya sejuk, tapi tertidur. Anugerah betul. Yang ada, kawan aku yg dah hafal 23 juz tu. Aku kejut and naik dorm 10.

Sekian ...

Sunday 17 November 2013

Smile Ladies and Gentlemen :)


Senyum, tak perlu kata apa apa....
Senyum, tak perlu kata apa apa....
.........................................................................................................................................

Assalamu'alaikum ! Pe khabo orang sana ? Harap harap sihat lah ye? Hari ni nak cakap pasal senyum. Say Cheese ! Kita senyum tak ? Senyum kan. Secara saintifiknya, bila kita selalu senyum , otot muka kita akan bergerak dan lama kelamaan , kulit kita akan awet muda. Haha, siapa tak nak awet muda kan? Terutama yang perempuan. And logically, bila kita senyum, automatik muka pun jadi cute. Comel gitu ~ ^^. Tapi, kita tahu tak, kenapa kita senyum? Mestilah sebab gembira or happy or kelakar or yg sama spesies dgn nya. Dan sedar tak sedar, kita gembira sebab kurniaan nikmat Allah. Alhamdulillah ! Sbb, kita masih dapat senyum. Kalau tak bersyukur, nanti bila Allah tarik nikmat kegembiraan tuh, kita takkan dapat senyum lagi sbb kita asyik sedih je. Tak nak kan? So, bertahmid lah. 

There is a saying :

"When the happiness is shared, it will be doubled. And when the sadness is shared, it will become half."

So, senyum lah selalu and cuba untuk senyum walaupun kesulitan yg kita hadapi tu mmg pahit. Sampai di sini saja post kali ni, sekian. Assalamu'alaikum !

Sunday 15 September 2013

Kau Pergi ...

Assalamualaikum...
          Hari ni nak cerita tentang seorang member ni. Nama nya Arif Danial bin Mustapha Khamal. Siapa dia?Dia member aku lah. Member aku nih, memang kamceng ngan dia. Kadang-2 memang ada kutuk-2 belakang. Standard lah. Tapi bukan tu topik kita hari ni. Hari ni nak story satu kisah tentang aku dgn dia.

          Pada tarikh 1 haribulan 9. Di mana tarikh itu jugak, kitorang baru balik asrama kitorang dekat Rawang. Dalam lebih kurang pukul 7. Dia panggil aku dekat tempat wudhuk. Kitorang dua je ada kat situ. Tiba-2 satu ayat keluar dari mulut dia.


" Man, nanti aku pindah Mesir do. Aku masuk tahfiz dekat sana. Kau jangan bagitahu sesiapa. Biar aku sendiri cakap dengan diorang "
Aku pun terkejut. Macam-2 aku fikir. Aku straight tanya je, dengan bermacam-macam soalan.

  1. Kau pergi naik ape?
  2. Macam mana kau nak pergi dengan keadaan Mesir macam tu?
  3. Mesir dekat bahagian mana?
  4. Bila pergi?

          Dengan tenang dia menjawab," Aku naik kapal terbang. Sebenarnya, Mesir bukan semua negeri bergolak. Hanya 12 negeri je. Aku pergi dekat negeri yang kira macam pedalaman jugak lah. Mesir dekat bahagian Zakazik. Aku pergi 21 haribulan.

          Aku hanya sekadar mengangguk. Nampak kesedihan dia.

          Then, dia cakap," Minggu ni aku balik, nak buat passport"
......................................................................................................................................................


           Aku menghitung hari sampailah hari dia balik(8/9). Lepas dia balik, aku tanya dia,"So, cane?". Then dia jawab:

"Minggu ni aku last dgn korang. Kau jangan kecoh tau. Aku nak bagitau diorang masa second last day."

         Aku sentap." Ouh, ye ke?". Dalam hati aku berkata," Ya Allah Arif, kau kecik-2 dah kena tinggalkan keluarga. Kalau aku jadi kau, aku tak sanggup.

Hari...

TO BE CONTINUED.....

Monday 5 August 2013

Nakmulu An Narakum Murrah Ahra Ya Ramadhan, Marhaban Ya Syawal

          Bye bye Ramadhan ! Akan aku rindu kau selama-lamanya. Kenapa? Sbb tahun ni, macam macam benda aku belajar dan terima. Sedih jugak nak tinggalkan Ramadhan ni. Sebulan duduk dekat dgn dia, tiba-2 dia takde. Rasa kehilangan. Lepas ni dah takde dah Solat Terawih, dah takde dah Malam Lailatul Qadar, dah takde dah kelebihan lipatan kali ganda. Sesiapa yang sedih bila Ramadhan berlalu, In Sya Allah, dia orang yang beriman.

"Bukan setiap orang yang sedih apabila Ramadhan pergi itu beriman, tetapi setiap orang yang beriman akan sedih apabila perginya bulan Ramadhan"

          Jadi,kita sama-samalah sedih atas pemergian bulan Ramadhan. Bukan sebab Bazaar Ramadhan dah takde, tapi sebab Bulan Mulia dah takde. Tak sedih jugak? Buat-2 lah sedih ( bukan apa, cuma nak melatih diri supaya akan menjadi sedih dengan seikhlhas-ikhlasnya ). Nanti raya nak menjelma. Hehe.


"Allah gave us the 1st Syawal because of our success during our Ramadhan"


          Sedih, sedih jugak, tapi raya,raya jugak. Sambut raya elok-2, jalinkan hubungan silaturahim, rapatkan ukhuwah. Sambutlah raya ni dgn penuh kesederhanaan. Rasulullah kan sentiasa bersederhana. Raya ni jangan pentingkan duit raya pulak, pentingkan dulu kemaafan. Dan, jangan ada pulak yang ambik duit raya 2 KALI dekat orang yang sama. Tak malu ke?

         Okay, kepada semua yang baca ni. Saya ingin mengucapkan,
"Happy Eidulfitr. I wanted to apologise to all of you from the top of my songkok until the end of my socks. Forgive me guys. SMILE "

*Maksud tajuk: Semoga berjumpa lagi Ramadhan, Hello Syawal

Saturday 3 August 2013

Memori

Ahh ! Malas aku nak ingat kisah tu lagi ! Itu semua dah lepas !
========================================================================
Seronoknya bila ingat balik kisah tu , seronok gila kot !
========================================================================

          Macam-macam respons orang terhadap memori. Memori , memori, memori. Benda 'simple' tapi teramatlah berharga. Kalau nak ikutkan , kalau memori kita di 'translate' ke dalam tulisan , memang payah nak habis. Mau tak berbuku-buku.

          Memori indah , kalau ikutkan memang nak je simpan lama-lama. Senang cerita, FOREVER. And kalau boleh,nak letak memori itu dalam wallet / handbag. Betul tak? Memori cinta , memori dengan kawan-kawan, memori dengan keluarga, memori masa sekolah, semua tu memang indah.

          Tapi, kalau memori pahit? Memang nak buang je. Nak je campak jauh dekat pelusuk Matahari sana. Biar terbakar and hilang selama-lamanya. Kita memang tak lari dari memori pahit. Masing-masing ada. Takde nye orang yang sampai sekarang, takde memori pahit. Sungguh.

          Akhir kalam,sedar tak sedar. Memori ni, dah jadi sebahagian dari hidup kita. Ikutkan  pendapat, memori kalau dibuang, lebih banyak keburukan dari kebaikan. Kenapa? Sebab memori indah itu satu nikmat. Memori pahit tu pulak, memberikan kita pengajaran untuk tidak mengulangi kesilapan yang kita pernah buat, pada peluang kedua yang kita dapat. Sekian.

Assalamualaikum...

=SPI=

Friday 12 July 2013

Marhaban Ya Ramadhan !!!

Alahmadulillah, Ramadhan dah tiba. Seronok dapat jumpa Ramadhan lagi sekali. Bila kita sebut Ramadhan, benda apa yg kita akan fikir dulu? Puasa kan? Automatik kita akan fikir, bila Ramadhan je, kita akan berpuasa. Tak lama pun, sebulan je. Tapi, apa hebatnya Ramadhan ni ,dan apa yang dimaksudkan dgn puasa? Sebenarnya bulan Ramadhan ni bulan untuk umat Islam, bulan yang pahalanya dilipat kaliganda, bulan syaitan diikat dan banyak lagi. Bulan Ramadhan ni adalah salah 1 bulan yang kita dpt tarbiyah diri kita. Pernah tak kita terfikir nak jadi baik selain bulan Ramadhan? Mungkin ada,tapi bkn semua. Bulan Ramadhan  juga adalah bulan dimana malam Lailatul Qadr 'available'. Tak ada bulan lain yang ada malam Lailatul Qadr. Peristiwa penurunan Al Quran pun diturunkan dalam bulan ni iaitu Nuzul Al Quran. Hebat Ramadhan ni. Kalau puasa pulak? Puasa ni bkn sahaja menahan lapar dari Imsak hingga Maghrib tapi turut menjaga pandangan , pendengaran , tangan, kaki, mulut dan yang paling penting, AKHLAK. Jaga pandangan bermaksud tidak melihat perkara-2 HARAM,seperti video lucah, aurat dan lain manakala, jaga pendengaran  bermaksud jangan mendengar umpatan, jangan mendengar tentang perkara yang lagha.Jaga tangan dan kaki pulak mcm mana? Jaga tangan tu bermaksud jangan mencuri ,jangan memukul, jangan memegang org yg bkn muhrim.Jaga kaki pulak jgn pergi ke tempat-2 yang berdosa,tempat-2 maksiat. Kita tak tahu,adakah iman kita ni kuat nak hadapi semua ujian tu.Kalau jaga mulut pulak? Jaga mulut tu bermaksud jangan mengumpat, jangan membuat fitnah,jgn bercakap keji, jangan menyebarkan cerita yang tidak tahu kesahihannya. Akhlak pulak? Jaga akhlak tu bermaksud bersikap sopan, menjaga tatatertib sebagai seorang Muslim, dan tidak membuat orang lain kurang senang dgn sikap kita. Sekiranya kita menjaga akhlak kita, In Sya Allah , perkara-2 lain juga akan terjaga. Jadi, semoga Ramadhan kita tahun ni akan jadi lebih baik dari tahun sebelum-2 ni, In sya Allah. Selamat Beramal~